Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar kesucian semua agama untuk sentiasa dipelihara dan dihormati pada setiap masa.
Dalam titah baginda sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan 2022/1444 pada Jumaat, Seri Paduka mengajak seluruh rakyat untuk memelihara nikmat dan rahmat sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat ini.